Pelakon True Beauty (siri TV Korea Selatan)

Utama

  • Moon Ga-young sebagai Im Ju-kyung [6]
    • Lee Go-eun sebagai Ju-kyung muda
Seorang pelajar Kelas 2-5 di Sekolah Menengah Saebom yang menguasai seni solek dan mengubah dirinya menjadi "dewi". Sejak kecil, Ju-kyung selalu didiskriminasi oleh keluarganya dan dibuli oleh rakan sebayanya kerana dianggap hodoh. Ini menyebabkan dia mempunyai rasa rendah diri mengenai penampilannya dan, lebih buruk lagi, memikirkan untuk bunuh diri . Akhirnya, dia mula belajar menggunakan solekan dengan menonton video tutorial di Internet. Ketika dia menguasai seni itu sebelum pindah ke Sekolah Menengah Saebom, penampilan barunya ternyata sangat transformatif kerana dengan cepat dia menjadi terkenal dan teman sebayanya memanggilnya "dewi". Dia berusaha sedaya upaya untuk menyembunyikan penampilan sebenarnya dari semua orang tetapi rakan sekelasnya Su-ho, yang sebelumnya pernah terserempak dengan wajah tanpa solekan beberapa kali, kemudian mengenalinya disebalik solekannya. Berbeza dengan kebanyakan gadis, Ju-kyung tertarik membaca buku komik seram dan mendengar muzik heavy metal .Seorang pelajar Kelas 2-5 di Sekolah Menengah Saebom; Bekas sahabat Seo-jun. Su-ho sangat terkenal dengan penampilannya yang tampan tetapi menyimpan rahsia gelap dari masa lalu. Su-ho sepertinya memiliki semuanya - penampilan, markah bagus, wang dan kemahiran bola keranjang yang sangat baik dan kemahiran jiu-jitsu Brazil - tetapi keluarganya yang porak-peranda dan kejadian tragis setahun yang lalu menjadikannya seorang remaja lelaki yang tidak berhati perut yang menjadi benci kerana sentiasa mendapat perhatian. Dia pertama kali bertemu Ju-kyung di puncak bangunan tinggi, ketika dia sedang berfikir mahu bunuh diri, dan menghalangnya melompat dari bangunan. Dia berkongsi kecenderungan Ju-kyung untuk buku-buku komik seram, dan kadang-kadang dia bertemu dengannya di dalam kedai buku komik yang mereka berdua kerap pergi. Dia bertemu Ju-kyung yang sudah mengubah penampilan di Sekolah Tinggi Saebom dan tidak lama kemudian mengenalinya disebalik solekannya.
  • Hwang In-yeop sebagai Han Seo-jun [8]
Seorang pelajar Kelas 2-5 di Sekolah Menengah Saebom; Bekas kawan baik Su-ho. Seo-jun adalah pelajar tampan dan sama-sama popular di Sekolah Menengah Saebom yang, walaupun merupakan "budak jahat" yang berwajah tegas, adalah seorang yang baik dan penyayang, terutama bagi ibu dan adiknya. Sebagai penyanyi berbakat, dia adalah bekas pelatih idola tetapi kejadian tragis setahun yang lalu menyebabkan dia meninggalkan cita-citanya yang mahu menjadi artis dan memutuskan persahabatannya dengan Su-ho, sejak itu persahabatan mereka berdua menjadi dingin dan sentiasa bermusuh.
  • Park Yoo-na sebagai Kang Su-jin [9]
Seorang pelajar Kelas 2-5 di Sekolah Menengah Saebom; Kawan rapat Ju-kyung di sekolah menengah dan teman masa kecil Su-ho. Su-jin adalah kecantikan semula jadi dan gadis pintar yang berasal dari keluarga kaya. Dia baik dan ramah, dan menjadi kawan rapat dengan Ju-kyung di Sekolah Tinggi Saebom. Walaupun menjadi pelajar atasan, dia mengalami luka emosi kerana dia dipaksa oleh ibu bapanya untuk cemerlang di sekolah, sehingga dia didera oleh bapanya kerana hanya menduduki tempat kedua di peringkat sekolah.

Pelakon sokongan

Keluarga Lim Ju-kyung

Memegang peranan ibu yang berpengaruh dalam keluarga Lim. Hyun-sook adalah seorang yang amat berdisiplin dan tegas kepada semua anak beliau dan kepada suaminya yang tidak berguna. Beliau sangat bias kepada anak sulung dan anak bongsunya, Hee-kyung and Ju-young, berbanding Ju-kyung. Beliau juga memiliki sebuah kedai kosmetik & kecantikan bernama Pandora yang popular di kalangan golongan wanita berumur.suami Hyun-sook. Jae-pil seorang lelaki yang tampan namun tidak produktif berbanding isteri beliau. Beliau telah kalah sejumlah besar wang kepada pelaburan yang meragukan yang membuatkan seluruh keluarga beliau terpaksa berpindah semula ke rumah lama mereka, yang membuatkan Hyun-sook marah.
  • Lim Se-mi sebagai Lim Hee-kyung[11]
    • Park Seo-kyung sebagai Hee-kyung muda (Ep. 1).
kakak sulung Ju-kyung; pekerja di Move Entertainment. Hee-kyung sentiasa disayangi oleh keluarganya kerana kecantikannya dan selalu dibandingkan dengan Ju-kyung. Dia tertarik dengan Han Joon-woo dan berbeza dari kebanyakan wanita, dia sangat berterus-terang dalam perhubungan yang membuatkan dia sangat berani meluahkan perasaan kepada Joon-woo.
  • Kim Min-gi sebagai Lim Ju-young
    • Park Ju-hwan sebagai Ju-young muda (Ep. 1)
adik lelaki Ju-kyung. Seorang budak nakal, Ju-young selalu memaksa Ju-kyung untuk menolong dia dengan mengugut untuk mendedahkan muka sebenar Ju-kyung di sekolah. Dia menyimpan perasaan terhadap Han Go-woon, yang menyebabkan dia cuba untuk menggoda Go-woon.

Keluarga Lee Su-ho

CEO dalam Move Entertainment; bapa Su-ho. Joo-heon adalah seorang pelakon popular yang mudah mencari perempuan lain selepas kematian isterinya, yang membuatkan Su-ho marah. Dia berkelakuan tidak adil kepada artis-artis di bawah naungan syarikatnya, terutama sekali Se-yeon, yang membuatkan beliau menjadi sasaran kemarahan Seo-jun dan Su-ho.kakak sulung Su-ho yang merupakan seorang jurumekap popular yang diidolakan Ju-kyung.

Keluarga Han Seo-jun

  • Yeo Joo-ha sebagai Han Go-woon
Seorang pelajar di Sekolah Menengah Saebom; adik perempuan Seo-jun. Go-woon mempunyai bakat menyanyi yang hebat, namun dia dibuli oleh ahli-ahli lain dalam kelab muzik sekolah kerana terpilih untuk mengetuai koir walaupun dilihat tidak cantik.
  • Park Hyun-jung sebagai Lee Mi-hyang
ibu Seo-jun dan kawan Hyun-sook.

Keluarga Kang Soo-jin

bapa Soo-jin yang kasar; seorang profesor and doktor bertugas di sebuah kolej perubatan.
  • Yoo Dam-yeon sebagai Kim Ji-yeon
ibu Soo-jin.

Sekolah Menengah Saebom

penasihat kelas untuk Kelas 2-5 dan guru sastera di Sekolah Menengah Saebom. Joon-woo tertarik dengan Hee-kyung kerana kecantikan dan sikap berterus-terang Hee-kyung.seorang pelajar di Kelas 2-5 di Sekolah Menengah Saebom; kawan baik dan rakan sekelas Ju-kyung dan Su-jin; teman wanita Tae-hoon.seorang pelajar di Kelas 2-5 di Sekolah Menengah Saebom; teman lelaki Soo-ah.
  • Lee Sang-jin sebagai Ahn Hyun-gyu[14]
seorang pelajar Kelas 2-5 di Sekolah Menengah Saebom.
  • Han Yi-young sebagai Ha Ji-young
seorang pelajar Kelas 2-5 di Sekolah Menengah Saebom.
  • Lee Woo-je sebagai Kim Cho-rong
seorang pelajar di Sekolah Menengah Saebom; kawan Seo-jun. Cho-rong berpura-pura menjadi gangster meskipun perangai sebenar dia adalah seorang penakut.
  • Kim Hyun-ji sebagai Kim Si-hyun
seorang pelajar di Sekolah Menengah Saebom.

Sekolah Menengah Yongpa

seorang pelajar di Sekolah Menengah Yongpa. Dia adalah seorang pembuli yang berkenalan dengan Seo-jun.seorang pelajar di Sekolah Menengah Yongpa. Sae-mi cantik namun angkuh yang sentiasa mendapat perhatian dari lelaki-lelaki dan memandang rendah terhadap mereka yang tidak secantik beliau. Sebelum Ju-kyung berpindah ke Saebom, dia membuli Ju-kyung dan menyumbang kepada rasa rendah diri Ju-kyung yang semakin memburuk dan rasa ingin bunuh diri.
  • Oh Yoo-jin sebagai Joo Hye-min
seorang pelajar di Sekolah Menengah Yongpa. Hye-min adalah satu-satunya kawan yang Ju-kyung boleh berbual semasa di Yongpa.

Lain-lain

  • Im Hyun-sung [ko] sebagai pemilik Prince Comics, kedai buku komik yang Ju-kyung dan Su-ho selalu pergi.

Penampilan khas

seorang pakar pemakanan yang tampan yang bekerja di kantik Sekolah Menengah Yongpa di mana Ju-kyung menyimpan perasaan terhadap beliau (Ep. 1)kawan kepada Su-ho dan Seo-jun yang sudah mati. Se-yeon merupakan ahli kumpulan dalam kumpulan penyanyi boy group di bawah naungan Move Entertainment. Seorang mangsa kepada online shaming dan fake scandals, dia bunuh diri dengan melompat dari bangunan tinggi. Kematian dia yang tragik menjadi punca kepada keretakan persahabatan antara Seo-jun dan Su-ho, permusuhan Seo-jun terhadap bapa Su-ho dan kehidupan Su-ho yang penuh rasa serba salah. (Eps. 1, 4-5, 11-12)
  • Ok Joo-ri sebagai jiran (Ep. 1)
  • Cha Young-ok [ko] sebagai jiran (Ep. 1-2)
  • Lee Jae-eun sebagai pembantu rumah Su-ho (Ep. 3)
  • Song Hoon as a history teacher (Ep. 3)
  • Uhm Tae-yoon as a customer (Ep. 3)
  • Kim Jeong-hak [ko] as Joo-heon's associate (Ep. 3)
  • Jang Young-hyun as a guy at the convenience store (Ep. 3)
  • Moon Hak-jin [ko] as a guy at the convenience store (Ep. 3)
  • Ham Tae-gyun as a guy at the convenience store (Ep. 3)
  • Kim Hye-yoon[17] as Eun Dan-oh (Ep. 4)
Baek Kyung's classmate and fiancée; Ha-ru's girlfriend.[lower-alpha 1]Dan-oh's classmate and fiancé.[lower-alpha 1]A baseball star playing for Seonil High School who has a crush on Ju-kyung and asks her out. (Ep. 7)

Rujukan

WikiPedia: True Beauty (siri TV Korea Selatan) http://www.imdb.com/title/tt13274038/ http://program.m.tving.com/tvn/truebeauty http://program.tving.com/tvn/truebeauty http://program.tving.com/tvn/truebeauty/6/Contents... http://www.xportsnews.com/?ac=article_view&entry_i... http://www.nielsenkorea.co.kr/tv_terrestrial_day.a... http://v.media.daum.net/v/20200812082014161 http://v.media.daum.net/v/20201012080755917 http://www.hancinema.net/korean_drama_True_Beauty.... https://www.chosun.com/entertainments/entertain_ph...